Asas kerukunan hidup bermasyarakat
ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan wujudnya “kesatuan hati”. Perpecahan dan
persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut
dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna “konflik” yang tidak
berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk
sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat
membina kecintaan (patriotisme), kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan
rakyatnya.
1. Dapat mencapai satu masyarakat yang adil
di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.
Bagi mendapatkan maklumat dan fakta yang
diperlukan bagi menyiapkan tugasan ini,kami telah menggunakan beberapa kaedah
yang kami rasakan senang untuk kami lakukan yang juga akan memperoleh maklumat
dengan banyak.Kaedah pertama yang kami gunakan adalah dengan menggunakan kaedah
penyelidikan.Kami telah pergi ke perpustakaan di kawasan kediaman kami dan
menggunakan beberapa jenis rujukan untuk mencari fakta dan maklumat yang
berkenaan.Kami telah merujuk buku,ensiklopedia,surat khabar dan jurnal bagi
memenuhi hasil kajian ini.
Prinsip ini
menggambarkan bahawa asas kehidupan beragama merupakan prinsip penting
kehidupan rakyat di negara kita. Sebarang bentuk ideologi atau ajaran yang
menolak kepercayaan kepada Tuhan (atheis) seperti fahaman
komunis tidak akan mendapat tempat di negara ini. Ini adalah kerana agama telah
menjadi unsur penting dalam membentuk rohani (spiritual) masyarakat kita.
2)
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
Di negara kita, Raja dan Negara mempunyai kaitan yang sangat rapat.
Ini adalah kerana negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan Raja
berpelembagaan. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut
bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah ketua negara. Perkara 44 pula
menyebut bahawa YDPA adalah sebahagian daripada komponen yang membentuk
Parlimen di negara ini. Justeru, prinsip
kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri penting
dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia perlu
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan Agong dan
negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia
kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap
prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu
padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara
ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta
ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.
3)KELUHURAN
PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip
Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau
perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada
kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca
kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1) Perlembagaan
Persekutuan. Perlembagaan menjadi asas penting untuk
menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan bersama antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat mempunyai kedudukan
atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru, perlembagaan memberi
jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan sosial untuk semua
kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan memelihara keluhuran dan
ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan ini berkuasa menentukan
kesahihan sesuatu undang-undang.
4)
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
Setiap negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan
satu masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Justeru, kedaulatan
undang-undang menjadi elemen penting bagi memastikan undang-undang berjalan
dengan lancar. Kedaulatan undang-undang bermaksud setiap rakyat adalah sama
tarafnya di sisi undang-undang negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender
mahupun kedudukan (status sosial). Oleh itu, keadilan
merupakan elemen penting dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.Kuasa kedaulatan
dalam konteks undang-undang adalah merujuk kepada autoriti perundagan ynag
paling tinggi iaitu Perlembagaan Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan
undang-undang pula dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan
berwibawa. Ini penting bagi menjamin kebebasan asasi semua warganegara
Malaysia. Namun, kebebasan asasi tidak bermakna kita
bebas melakukan apa sahaja sehingga melanggar undang-undang dan Perlembagaan
Negara. Misalnya, adalah menyalahi undang-undang dan Perlembagaan Negera
apabila ada pihak yang mahu menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan
atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan kerana ia bukan termasuk
dalam pengertaian kebebasan dan hak asasi. Didalam Perkara 149 Perlembagaan
Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa undang-undang menentang perbuatan
subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.
5)
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Prinsip ini
mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti
individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait
rapat dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi
panduan seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang
berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Kehidupan yang bersusila dan bersopan santun amat penting dalam konteks
perhubungan etnik, terutama dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Dalam
konteks ini, setiap warga negara sewajarnya tahu menghormati orang lain dengan
mengawal diri daripada membangkitkan persoalan-persoalan sensitif kepada
sesuatu kaum berkaitan kewarganegaraannya, asal keturunannya, bahasa,
kebudayaan serta kepercayaan dan agam yang dianutinya.
Kerajaan amat prihatin untuk membentuk masyarakat yang bersopan santun,
berdisiplin dan bermoral tinggi. Justeru, kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni
yang dianjurkan kerajaan adalah bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat yang
memiliki sifa-sifat mulia, beradab, bersopan santun, bertoleransi, saling
memahami dan cintakan kedamaian. Ia selari dengan prinsip kelima Rukun negara
itu. Kesimpulan, Rukun Negara harus dilihat sebagai ‘internal
cohesion’ atau kuasa dalaman yang dapat mengikat perpaduan dan
semangat patriotisme di kalangan rakyat. Objektif dan prinsip yang terkandung
dalam Rukun Negara itu masih releven untuk membentuk jati diri dan
keperibadian rakyat.
DAPATAN KAJIAN
Melalui kajian soal selidik yang telah
dijalankan,kami mendapati bahawa peratusan penyelidikan pada setiap bahagian
adalah seperti berikut:
BAHAGIAN B:

HURAIAN RINGKAS TENTANG RUKUN NEGARA
Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan
Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu
setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan
ketenteraman negara.Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita
hendak:* Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya* Memelihara cara hidup demokratik* Mencipta satu
masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara
adil dan saksama* Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak* Membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
Ikrar : Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas
prinsip-prinsip yang berikut: * Kepercayaan kepada
Tuhan * Kesetiaan kepada Raja dan Negara * Keluhuran
Perlembagaan * Kedaulatan Undang-undang * Kesopanan dan
Kesusilaan
Kenapa Rukun Negara dibentuk
Selepas Malaysia Merdeka dan negara mula dibangunkan, sedikit demi sedikit
terdapat jurang antara kemewahan bandar dan kemiskinan desa, kemewahan orang
bukan Melayu dengan kesempitan hidup orang Melayu yang menyebabkan rasa tidak
puashati di antara rakyat. Ini menyebabkan beberapa kekacauan serta perbalahan
yang melibatkan kaum berlainan berlaku di beberapa kawasan di Tanah Melayu.
Apabila berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969, kerajaan melihat perlunya
satu formula untuk mengatasi masalah ini. Di antara Objektif Rukun
Negara adalah untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakat, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama.Majlis Perundangan Negara yang
dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein (merangkap Pengarah
MAGERAN) telah ditubuhkan di bawah Undang-undang Darurat yang diwartakan pada
29 Januari 1970, hasil daripada mesyuarat MAGERAN yang mentadbir negara ketika
itu. Ianya di anggotai oleh Pengerusi, tiga orang menteri (Allahyarham Tun Dr.
Ismail bin Dato' Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Sin dan mendiang Tun V.T
Sambanthan ), wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil daripada parti
politik. Majlis Perundingan Negara bertanggungjawab menjadi pemikir
dalam merangka perpaduan negara dan mencari satu cara yang mampu untuk
mengatasi garis pemisah antara kaum. Dengan itu, maka lahirnya satu ideologi
kebangsaan yang baru iaitu Rukun Negara yang digubal sebagai falsafah negara
dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah negara bangsa yang stabil.
MATLAMAT DAN KEPENTINGAN RUKUN
NEGARA KEPADA NEGARA
1. Mencapai Perpaduan yang Lebih Erat.
Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan
negara di mana ahli–ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara
ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan berbagai-bagai persoalan yang wujud.
Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud ketidakseimbangan ekonomi antara
kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun Negara akan
dapat membentuk satu bangsa yang bersatupadu di mana semua rakyat tampa mengira
kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.
2. Memelihara Satu Cara Hidup Demokratik.
Pelembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan
kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar
undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang diberikan ini tidak
boleh disalah gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman
atau bagi memusnahkademokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda
negara, kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara
hendaklah di utamakan lebih daripada kepentingan sesuatu kaum atau sesuatu
tidak, jika hendak, kestabilan dan keselamatan negara akan terancam.
3. Mencipta Sebuah Masyarakat Yang Adil.
Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati
kekayaan negara. Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan
negara dibahagikan adil dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini pihak-pihak yang
lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing
dengan pihak-pihak yang lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang kita
cita-cita kan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain
ataupun penindasan sesuatu golongan terhadap yang lain.
4. Membentuk Satu Sikap Yang Liberal
Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama dan adat resam serta
kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara. kita
sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi kebudayaan dan adat resam yang Negara
diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada perbezaan, semua anggota
masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di mana
keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber
kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.
5. Membina Sebuah Masyarakat Progresif.
Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang
mencapai kemajuan di bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan
teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era globalisasi. Dunia kini
sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu
pengetahuan, sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan
merupakan satu masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan
teknologi yang akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana
matlamat Wawasan 2020.
Rukun Negara sebagai Etika, Falsafah dan Ideologi
Asas kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang
melambangkan wujudnya `kesatuan hati'. Perpecahan dan persengketaan pula
menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang
berbeza arah. Ini bermakna `konflik' yang tidak berkesudahan akan menghantui
kehidupan masyarakat. Justeru, bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada
etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan (patriotisme),
kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya.
Di negara kita, kerajaan menggubal Rukun
Negara sebagai falsafah, etika dan ideologi (doktrin) negara. Sewajarnyalah
setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip Rukun Negara itu.
Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara
digubal selepas berlaku peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa itu
mendorong pemimpin negara daripada pelbagai kaum memikirkan formula bagi
memulihkan perpaduan kaum yang lebih utuh dan kental.
Tun Abdul Razak Hussein yang mengetuai
Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika itu menubuhkan tiga badan iaitu Majlis
Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Majlis Perundingan Negara. Hasil
perbincangan yang diadakan oleh Majlis Perundingan Negara (MPN), lahirlah Rukun
Negara. Ia digubal sebagai satu bentuk garis panduan dalam membina masyarakat
bersatu padu, adil dan harmoni.
Ideologi negara ini diisytiharkan Yang
di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970, iaitu ketika negara menyambut Hari
Kemerdekaan kali ke-13. Sejak diperkenalkan, Rukun Negara menjadi dasar
kesatuan dan perpaduan bangsa serta pedoman bagi kegiatan hidup masyarakat
pelbagai kaum dan budaya di negara ini.
Rukun Negara mempunyai lima objektif,
iaitu untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat;
memelihara cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil supaya
kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; membentuk
satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai
corak dan untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains
dan teknologi moden.
Lima prinsip Rukun Negara pula ialah
Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran
Perlembagaan, Kedaulatan undang-undang dan Kesopanan dan kesusilaan. Prinsip
yang terkandung dalam Rukun Negara harus dilihat dan difahami sebagai nilai
kenegaraan yang sangat mendasar dan ia mesti difahami dan dihayati dengan penuh
komitmen, kesedaran dan penghayatan oleh setiap rakyat di negara ini.
PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI
PENGAJARAN
Secara keseluruhannya terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita jadikan
sebagai panduan untuk menaikkan semangat mencintai rukun Negara. Antara
pengajaran yang diperolehi , rakyat Malaysia seharusnya ,mengambil iktibar
daripada kejadian rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Selain itu,
rakyat Malaysia juga perlu mengamalkan cara hidup demokratik supaya dapat
mencipta masyarakat yang adil demi menjaga kemakmuran Negara. Akhir sekali,
rakyat Malaysia haruslah menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang
dikuatkuasakan sebagai amalan hidup di Malaysia .
SARANAN
Saranannya, setiap rakyat Malaysia perlulah berusaha ke arah menjadikan
Negara maju mengikut acuan kita sendiri. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu
mempunyai pengetahuan tentang rukun Negara. Semangat patriotik yang membara
dalam diri setiap rakyat Malaysia dapat membentuk rakyat bersatu padu dan
harmoni. Akhir sekali, untuk mengekalkan perpaduan yang utuh rakyat Malaysia
haruslah mempunyai pengetahuan tentang rukun Negara yang ditubuhkan.
KESIMPULAN
Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh
semua negara di dunia termasuk Malaysia. Ia penting kerana tampa perpaduan,
sebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk di bangunkan dan mudah di
ancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
Rukun Negara dicipta ekoran
daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah
menyedarkan kita semua, yakni rakyat Malaysia akan bertapa pentingnya bersatu
padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga-mencurigai
antara satu sama lain.
Mengamalkan Rukun Negara akan
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, bermuhibah tampa mengira kaum serta
bersikap saling hormat menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan
akan dapat membantu negara kita mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi
pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan
negara yang bersifat liberal dan demokratik.
SUMBER RUJUKAN
· INTERNET - Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional
· INTERNET - Abdul Rahman Abdul Aziz
· INTERNET - Irfan Khalil
· INTERNET – Zailani Zakaria
· INTERNET – Anizyn
http://anizyn.blogspot.com/2010/10/rukun-negara-sebagai-etika-falsafah-dan.html
· BUKU – Pengajian Malaysia
Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin (2014), Pengajian Malaysia Edisi Kelima,
Kuala Lumpur : Impression One Sdn Bhd
LAMPIRAN
